50 ditahan babitkan isu rasuah kakitangan Jabatan Imigresen hingga kini

Malaysia


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu untuk membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

Sumber berkata, keempat-empat individu terbabit berusia antara 28 hingga 52 tahun adalah ahli sindiket terbaru yang berjaya ditahan SPRM lewat petang semalam.

” Salah seorang termasuk seorang pegawai imigresen dan tiga orang agen pekerja asing.

” Hasil pendedahan ini mendapati sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, ‘setting’ di kaunter-kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 dibuat oleh sindiket antarabangsa membabitkan ejen-ejen di luar negara.

” Mana-mana pelawat yang disenaraihitam dan ingin masuk ke Malaysia atas aturan sindiket akan dimaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mereka kepada ejen-ejen di Malaysia.

” Ejen akan berhubung dengan pegawai Imigresen di KLIA dan KLIA 2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk dengan mudah ke Malaysia.

” Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini membabitkan individu yang senaraihitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu.

” Hanya kaunter-kaunter tertentu di KLIA dan KLIA 2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing, “katanya.

ANTARA kereta mewah yang dirampas.
ANTARA kereta mewah yang dirampas.

Setakat hari ini, seramai 50 individu sudah ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan 5 orang awam.

Menurutnya, lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi telah dirampas. Nilai ini tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.

Menurut sumber, salah seorang ejen tempatan yang membantu menyimpan kenderaan-kenderaan mewah ini, kesemua kereta mewah terbabit digunakan oleh anggota imigresen sebagai balasan upah untuk membuat setting kaunter di KLIA 2.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Bin Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Berita berkaitan

Beri kereta mewah ‘beli’ hati anggota imigresen

Isu rasuah imigresen, ia ‘rahsia yang terbuka’

Azam puji kerjasama KP Imigresen benteras rasuah

Cap palsu: Imigresen ‘makan’ RM500 hingga RM6,000 seorang

Cap palsu: SPRM buru Hon Loong dan Hun Siang

JIM dedah ‘pengkhianat’ pada SPRM

Palsu cap sempadan: 23 termasuk 9 orang awam direman

Tiada pegawai JIM Sarawak terbabit

Ejen cop sempadan direman

46 ahli sindiket, anggota Jabatan Imigresen tumpas [METROTV]

13 suspek termasuk 9 anggota JIM direman [METROTV]

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup



Source link

Articles You May Like

‘Abah minta maaf, jaga diri’
Hadiah besar arwah suami | Harian Metro
‘Wartawan’ tak bertauliah gian jadi pelapor pertama
Pilih ‘ubi muda’ | Harian Metro
Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah