Anggota polis didakwa seludup 27 warga India

Malaysia


Sungai Petani: Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan menyeludup 27 warga India di Kampung Haji Abas, Baling, tahun lalu.

Sarjan Mohd Fazlan Abdullah, 57, dan Konstabel Mohammad Faiz Idris, 23, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Balai Polis Pengkalan Hulu, didakwa melakukan penyeludupan 27 individu warga India di Kampung Haji Abas, Baling, Kedah, jam 12.15 pagi pada 23 Mei 2019.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen, Fazril Sani Mohamad Fadzil dan Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz Jalaluddin, Mohd Alif Affandi Zulkifli dan Jesvinderjit Singh.

Jesvinderjit yang mewakili Mohd Fazlan, dalam rayuan memohon agar anak guamnya diberi ikat jamin kerana tertuduh menghidap penyakit jantung dan baru saja menjalani pembedahan tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang keputusan berhubung jaminan ke atas kedua-dua tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, kedua-dua mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehingga menunggu keputusan lanjut mahkamah.

Sebutan semula kes akan dibuat semula di Mahkamah Tinggi di sini, pada 7 Disember depan.



Source link

Articles You May Like

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah
Identiti mangsa pembunuhan kejam dikenal pasti
Setia jadi abang bomba | Harian Metro
Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat bukti kecekalan insan istimewa [METROTV]
‘Abah minta maaf, jaga diri’