Cap palsu: Pegawai kanan JIM berpangkat Timbalan Pengarah ditahan

Malaysia


Kuala Lumpur: Gelap mata dengan tawaran puluhan ribu ringgit sebulan menyebabkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpangkat Timbalan Pengarah didakwa bersekongkol dengan sindiket urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.

Menurut sumber, pegawai kanan dengan gred KP48 itu bertugas di Ibu Pejabat JIM itu adalah tiga lagi individu terbaharu ditahan semalam termasuk dua lagi anggota gred KP19 dan KP22 bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

“Mereka berusia 38 hingga 54 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

“Setakat ini siasatan awal mendapati Timbalan Pengarah terbabit menerima wang rasuah puluhan ribu ringgit sebulan dan mampu hidup mewah,” katanya.

Sumber berkata, setakat ini seramai 53 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

“Penahanan itu membabitkan 31 anggota dan pegawai JIM, 17 ejen pekerja asing serta lima orang awam.

“Kita tidak menolak akan ada lagi penahanan lain jika siasatan mendapati terdapat individu lain yang bersekongkol dengan sindiket terbabit,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah semalam.

“Selain itu, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

“Sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” katanya.

SPRM sebelum ini mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.

Secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.

Berita berkaitan

Gred KP19 tapi guna kenderaan mewah

50 ditahan babitkan isu rasuah kakitangan Jabatan Imigresen hingga kini

Beri kereta mewah ‘beli’ hati anggota imigresen

Isu rasuah imigresen, ia ‘rahsia yang terbuka’

Azam puji kerjasama KP Imigresen benteras rasuah

Cap palsu: Imigresen ‘makan’ RM500 hingga RM6,000 seorang

Cap palsu: SPRM buru Hon Loong dan Hun Siang

JIM dedah ‘pengkhianat’ pada SPRM

Palsu cap sempadan: 23 termasuk 9 orang awam direman

Tiada pegawai JIM Sarawak terbabit

Ejen cop sempadan direman

46 ahli sindiket, anggota Jabatan Imigresen tumpas [METROTV]

13 suspek termasuk 9 anggota JIM direman [METROTV]

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup



Source link

Articles You May Like

Harap lagu mesra radio | Harian Metro
Setia jadi abang bomba | Harian Metro
Idea kreatif Cikgu Nancy | Harian Metro
Nak lari ke mana?
Perak umum bantuan ‘one-off’ RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *