Covid-19: Kes baharu kembali catat tiga angka [METROTV]

Malaysia


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kembali kepada tiga angka iaitu 958 kes menjadikan jumlah kumulatif pandemik itu menjadi 52,638 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 512 kes diikuti Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 153 kes.

“Kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster terutamanya Kluster Sabaru apabila mencatatkan 149 kes dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat iaitu 196 kes.

“Selain itu, Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster sedia ada dan juga kluster baharu membabitkan kluster di pusat tahanan sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes),” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,221 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 953 kes membabitkan penularan Covid-19 dalam negara.

“Sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian pandemik itu di negara ini adalah sebanyak 329 kes atau 0.6 peratus.

“Bilangan kes pulih Covid-19 hari ini pula mencatatkan sebanyak 956 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 39,088 kes atau 74.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurutnya, setakat hari ini terdapat 324 kluster dengan penambahan lima kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167.

“Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sabaru (149 kes), Kluster Hentian (107 kes), dan Kluster Perigi (50 kes).

“Ingin dimaklumkan sebanyak tiga kluster tamat hari ini iaitu Kluster Seri Setia, Kluster Bina, dan Kluster Bah Bundle menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 157 kluster,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, pihaknya mengenalpasti lima kluster baharu iaitu Kluster Kasir di Tawau, Sabah manakala Kluster Sri Jujur membabitkan Klang, Sepang dan Petaling di Selangor.

“Selain itu, Kluster Oad membabitkan Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan serta Hulu Langat di Selangor, manakala Kluster Enggor di Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di Perak.

“Kluster Makmur pula membabitkan Kulai dan Johor Bahru, Johor,” katanya.



Source link

Articles You May Like

Perak umum bantuan ‘one-off’ RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil
Nak lari ke mana?
Ketukan pintu misteri …angkara hantu atau manusia?
‘Wartawan’ tak bertauliah gian jadi pelapor pertama
Parkir kereta di IPD Taiping sebelum larikan MPV polis