Pilih trend songsang | Harian Metro

Malaysia


Kuala Lumpur: Ekosistem bola sepak di Liga Malaysia (Liga M) jelas aneh berbanding liga di luar negara apabila pembelian dan pengumuman pemain dibuat terlebih dulu daripada mencari jurulatih pasukan.

Keadaan ‘songsang’ itu nyata menghairankan terutama dalam tempoh pra musim Liga M yang ketika ini menyaksikan kelab berlumba-lumba memburu pemain pujaan mereka untuk ditandatangani sedangkan jurulatih yang akan mengemudi pasukan belum dimuktamadkan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan mengakui aneh dengan situasi semasa liga tempatan yang lebih gemar mengikut selera pihak pengurusan atau ejen pemain dalam menentukan pemilihan pemain.

“Dekat Malaysia ini aneh. Pemain diumumkan dulu daripada jurulatih. Saya rasa ini hanya berlaku di negara kita sahaja, tetapi tidak di luar negara.

“Sekarang kita dapat tengok sejak seminggu dua ini, banyak pasukan yang masih belum ada jurulatih, tapi sudah ada pemain.

“Sepatutnya lantik dulu jurulatih dan kemudian baharu pilih pemain. Setiap jurulatih ada falsafah dan bukan semua pemain sesuai dengan corak yang diinginkan.

“Saya lihat banyak ejen pemain sudah boleh jadi jurulatih kerana mereka jelas lebih pandai mencadangkan pemain untuk pasukan sedangkan jurulatih tak ada lagi.

“Ini sistem yang tak baik untuk bola sepak kita. Sebab nanti kalau jadi apa-apa pasukan tak menyerlah, jurulatih juga yang akan dipersalahkan bila tak capai peningkatan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Ketika ini pasaran Liga M sedang hangat berlangsung dengan kebanyakan pasukan sedang sibuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim hadapan yang dijadualkan bermula pada 27 Februari tahun depan.

Tambahnya, terdapat lima pasukan sudah menamakan atau mengekalkan jurulatih untuk musim depan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu FC.

“Pengurusan kena beri 100 peratus kepercayaan kepada jurulatih kerana merekalah yang akan mencorakkan pasukan. “Kita juga nak jimatkan duit pasukan sebab bila pemain itu bukan yang kita mahukan, nanti jendela perpindahan nak tukar pulak, dah nak kena bayar lagi dan ia merugikan,” kata bekas jurulatih Selangor, Kelantan dan ATM itu.



Source link

Articles You May Like

Ketukan pintu misteri …angkara hantu atau manusia?
‘Jutawan’ tahi bintang ghaib | Harian Metro
‘Korban’ gaji RM80,000 sebulan | Harian Metro
Sayu sambut ulang tahun perkahwinan berjauhan [METROTV]
‘Wartawan’ tak bertauliah gian jadi pelapor pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *