jadi

London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) membuat kerja ‘gila’ apabila menggunakan ular sawa hidup sebagai pelitup mukanya. Aksi lelaki itu membiarkan reptilia itu melilit lehernya dan menutup sebahagian mukanya, dirakam dalam sebuah bas di Salford. Manchester Evening News melaporkan, penumpang itu dilihat menaiki pengangkutan awam itu menuju ke Manchester di kawasan Salford pada 14
0 Comments
Johor Bahru: Laporan polis dan tindakan undang-undang yang diambil susulan wanita mendakwa dihina personaliti media sosial (influencer) terhadap bentuk fizikalnya menerusi Facebook (FB) secara langsung bertujuan memberi pengajaran. Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen
0 Comments
SIAPA sangka pentas Liga Malaysia (Liga M) yang sering dibelenggu masalah tunggakan gaji dan hanya diswastakan bermula musim depan dianggarkan bernilai RM738 juta membabitkan 24 pasukan. Daripada jumlah itu, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) penyumbang terbesar dengan hampir setengah bilion atau lebih tepat RM530 juta kekayaan skuad Harimau Selatan itu. Ia berdasarkan nilai pasukan JDT
0 Comments
KIBARAN bendera putih terpaksa dinaikkan oleh calon pembeli kelab Kelantan FC dari Amerika Syarikat (AS), Wan Kamal Wan Napi apabila memutuskan untuk menarik diri daripada membeli skuad The Red Warriors (TRW). Sememangnya keputusan itu amat sukar dan cukup berat buat Wan Kamal apatah lagi beliau adalah salah seorang dalam jutaan penyokong setia pasukan itu sejak
0 Comments
“SEJAK beberapa hari lalu, gerak hati saya sering terbayang arwah terbabit dalam kemalangan. “Tak sangka pula perkara yang menjadi kerisauan saya benar-benar berlaku,” kata Endok Oti Ahmad, 65, yang anaknya, Dayana Damsah, 27, maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai Besar di sini, semalam. Dalam kemalangan jam 6 pagi, kereta dinaiki
0 Comments
PENIAGA di Tanjung Malim sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menukar Proton Wira keluaran 1996 miliknya sehingga ‘berwajah’ Mitsubishi Lancer Evo III. Proton Wira 1500cc itu dibeli daripada seorang rakan pada 2007 dengan harga RM17,000 kini bertukar wajah umpama klon Mitsubishi Lancer Evo III Rothmans Rally New Zealand 1996. Pemiliknya, Mohamad Shahrul Jaman, 35, berkata, dia
0 Comments
“SUDAH menjadi rutin harian saya memakai sarung tangan dan but keselamatan. Malah minyak hitam sudah saya anggap sebagai kawan baik,” kata Siti Nadia Abd Latiff, 20, yang berkecimpung dalam bidang automotif sejak lima tahun lalu. Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Juruteknik Automotif Tahap 1 dan 2 dari Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Gong Badak, Terengganu itu
0 Comments
HANYA menggunakan sos cili, kicap dan serbuk kari seorang pelukis kaligrafi mampu menghasilkan potret pemimpin dan selebriti terkemuka tanah air. Itu kelainan ditampilkan Mohd Shah Tumin, 36, apabila niat sekadar suka-suka menghasilkan potret berkenaan mendapat perhatian dan pujian warganet. Menurutnya, idea untuk melakar potret itu bermula sejak tiga tahun lalu ketika dia sengaja ‘menconteng’ permukaan
0 Comments
“SAYA sedar banyak kekurangan pada diri dan tidak boleh menjadi isteri yang baik untuknya,” kata pelakon Sharifah Sakinah, 31, mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aliff Adha pada Mei lalu dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac. Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata, perpisahan itu berlaku secara baik
0 Comments
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akan diwajibkan menjalani kelas bahasa Inggeris sebaik tiba di Belgium bagi memudahkannya berkomunikasi bersama rakan sepasukan di kelab KV Kortrijk nanti. Malah, ia juga sebahagian daripada perancangan kelab untuk memastikan Luqman segera dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran, sekali gus mengelak episod ‘pulang awal’ seperti mana dialami
0 Comments
SERAMAI 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di sebuah rumah di Pulau Sebang di sini, Sabtu lalu. Hasil ujian air kencing dijalankan mendapati semua mereka yang berusia antara 20 hingga 43 tahun positif dadah jenis methamphetamine. Difahamkan, majlis berkenaan
0 Comments
“MEMANG saya mencari pendapatan dengan mengambil upah membuat penghantaran makanan bagi pihak restoran untuk mencari pendapatan. “Selain itu, saya ingin menyampaikan mesej kepada penghidap kanser lain supaya tidak berputus asa dan jangan duduk diam, sebaliknya lakukanlah perkara kita suka di dalam hidup tanpa mengeluh nasib menimpa,” kata pendakwah terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek. Lebih mesra
0 Comments
“KEKOK juga, selama ini rutin harian saya memasak dan memegang senduk serta kuali di dapur, kini membaiki kasut pula,” kata Mohamed Abdul Hakam Yunus. Mohamed Abdul Hakam, 31 memberi reaksi itu ketika berkongsi pengalamannya yang kini mencari rezeki sebagai tukang kasut sejak dua minggu lalu. Menurut bapa seorang anak berusia empat tahun itu, pekerjaan berkenaan
0 Comments
IBARAT menangguk di air keruh, taktik penipuan dengan menyamar sebagai ejen Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya memanipulasi mangsa. Ejen ini akan mendakwa sebagai wakil syarikat yang melantik mereka untuk mencari pelanggan dan menawarkan khidmat dengan sejumlah bayaran. Tanpa disedari, niat sebenar ejen terbabit pihak adalah untuk menipu wang mangsa. Hakikatnya, ini antara contoh
0 Comments
TATKALA umat Islam sedang bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan berpakaian baharu berwarna warni, situasi berbeza pula dapat dilihat dalam kalangan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Jika tahun-tahun sebelum ini mereka beraya dengan berpakaian uniform kerja apabila bertugas di pagi Syawal, namun tahun ini petugas
0 Comments
“SAYA terbangun apabila terdengar suara isteri dan anak yang menjerit meminta kami keluar untuk menyelamatkan diri sebaik rumah terbakar. “Saya cuba membantu tetapi gagal kerana api ketika itu marak dan suara juga tidak kedengaran,” kata Othman Ali, 64, suami kepada Aishah Awang Jumat, 58, yang terkorban selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Binsuluk,
0 Comments
“SAYA dan rakan sekelas hanya perlu mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya siapa yang hendak menjadi guru, ketika itu kami belajar di Darjah Tujuh (pada 1958),” kata Omar Azman Mohamad, 78. Itu reaksi diberi bekas guru di Maran, Pahang, ketika menceritakan kenangan ketika mula-mula menjadi pendidik era pasca merdeka pada 1958. Omar Azman berkata, ketika
0 Comments
“LEBIH baik saya menjadi pembangkang daripada menyertai satu gagasan politik yang dicemari skandal antarabangsa dan saya tidak tergamak mengkhianati mandat yang diberi rakyat,” kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa hari ini. Menurutnya, beliau berpegang kepada pendirian berprinsip bapanya, Tun Dr
0 Comments
MESKIPUN tokoh ini handal dalam ilmu mempertahankan diri, tetapi kemampuan ilmu agama dan kebatinan dimilikinya tidak kurang hebatnya. Kelebihan ini hasil didikan selain berguru dengan pakar ilmu Tasawuf, Allahyarham Kiyai Ahmad Shah Abdul Jabbar di Parit Yusof, Muar, Johor. Malah, Allahyarham Abdullah Abd Wahid, antara individu penting yang bersama-sama Allahyarham Kiyai Ahmad Shah dan penduduk
0 Comments
KERAJAAN mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular
0 Comments
RESORT, hotel, rumah tamu mahupun inap desa sering menjadi pilihan ramai selepas menetapkan destinasi percutian masing-masing. Premis penginapan pelancongan itu tidak pernah sunyi menerima kunjungan pelancong saban tahun terutama pada musim cuti persekolahan dan cuti umum. Malah, menjadi kelebihan bagi pengusaha yang dapat memberikan kemudahan lebih selesa pada harga promosi. Namun begitu, kebanyakan tempat penginapan
0 Comments
“KREATIF betul warganet, (warna) baju saya dah jadi (hiasan) kuih-muih,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri memaklumkan terhibur dengan gelagat warganet yang memadankan pemilihan warna baju batik dipakai beliau dengan pelbagai jenis kuih-muih dan hidangan pencuci mulut. “Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kuih
0 Comments
“SAYA reda, nak menyesal pun tiada guna kerana saya sendiri yang minta jadi begini,” kata Mohammad Rafiezulanwar Jaffri. Mohammad Rafiezulanwar memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya selepas menggunting rambut dengan gaya potongan ‘pekan’ bagi menunaikan janjinya terhadap warganet, semalam. Lebih menarik, anak bongsu daripada enam beradik yang berasal dari Johor Bahru itu membuat siaran
0 Comments
SENGAJA undang padah dengan berkumpul beramai-ramai serta menganjurkan ‘pesta’ sambutan hari jadi. Tindakan 27 individu terbabit yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila diberkas polis di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di Shah Alam, pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil maklumat OP Covid-19,
0 Comments
SELEPAS 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Menjelaskan keputusan sukar itu, Muhyiddin berkata, beliau dipilih dalam situasi luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu berhadapan virus pandemik. Dalam keadaan sebegitu rupa, katanya,
0 Comments
DUA doktor dari China yang dijangkiti Covid-19 mendapati kulit mereka berubah warna selepas berjaya pulih daripada virus itu. Portal Metro.co.uk melaporkan, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti virus itu ketika merawat pesakit di Hospital Pusat Wuhan, pada Januari lalu. Doktor mengatakan mereka berdua terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat tetapi
0 Comments
“ANAK sulung dan anak ke lima akan bergilir-gilir menjadi imam solat sunat Tarawih sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan,” kata Abdul Wahab Mah Abdullah, 51. Dia berkata demikian ketika ditanya persiapannya menyambut kedatangan Ramadan. Abdul Wahab Mah yang memeluk Islam ketika berusia 10 tahun bagaimanapun agak terkilan kerana tahun ini mereka sekeluarga tidak dapat
0 Comments
ADAKAH saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akan dibatalkan? Persoalan terbabit bertiup kencang dalam kalangan 24 pasukan Liga M berikutan situasi semasa yang tidak dapat dielakkan. Keputusan berat itu mungkin terpaksa diambil berikutan tidak mahu perlawanan Liga M menjadi kluster baharu susulan pandemik Covid-19 di negara ini semakin pulih. Sumber daripada persatuan bola sepak
0 Comments
DALAM tempoh enam hari diwujudkan, ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook sudah meraih lebih 700,000 pengikut. Kumpulan itu yang diwujudkan pada 14 April lalu tular di Facebook beberapa hari kebelakangan ini susulan perkongsian masakan pelayar yang dikatakan tidak menjadi seperti sepatutnya biarpun sudah mengikut resipi asal. Malah, pengalaman pahit sewaktu
0 Comments