maut

Jitra: Ejen insurans ditemui maut dengan kesan lebam di leher dipercayai dibunuh rakan lelaki di rumah sewanya di Taman Mahsuri di sini. Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, ditemui terbaring di ruang tamu kediaman dengan lengkap berpakaian oleh rakan serumahnya pada 12 tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata,
0 Comments
Miri: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa di Kampung Pujut Padang Kerbau di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, mangsa, Syamsul Mohamad Yashin, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 12 tengah hari, kelmarin. Katanya, ketika kejadian, mangsa dan dua rakan dikatakan sedang
0 Comments
Kuala Lumpur: Wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi di sini, hari ini. Kejadian pada 4.30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan. Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit
0 Comments
Bukit Mertajam: Seorang lagi mangsa yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta di Kilometer 132.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat stesen minyak di Sama Gagah, di sini, dilaporkan meninggal dunia petang tadi. Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. Manakala kembarnya,
0 Comments
Seberang Jaya: Dua rakan maut dipercayai mengalami lemas karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi hari ini. Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri. Dua lagi rakan mereka yang juga
0 Comments
Batu Pahat: Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah
0 Comments
Batu Pahat: Nenek dan cucunya meninggal dunia selepas kediamannya terbakar di Taman Puteri Indah, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian 1.02 pagi itu membabitkan rumah dua tingkat dan enam mangsa. Katanya, Siti Zaleha Jaafar, 50, dan cucunya Ahmad Shuhil Ahmad Osman, 4, didapati tidak sedarkan diri,
0 Comments
Kuala Terengganu: Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan anaknya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampiran Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, hari ini. Dalam kejadian jam 7 malam, Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah
0 Comments
REMAJA lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur hampir tiga tahun lalu akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dia akan melangkah keluar dari mahkamah sebagai seorang yang bebas atau bersalah seperti dituduh. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30
0 Comments
TIGA maut dan seorang parah selepas Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis, Merapoh berhampiran Padang Tengku, Lipis, hari ini. Dalam kejadian 6.45 petang itu, pemandu Proton Wira, Faizul Idzafi Azmi, 34, penumpang belakang, Roziah Mohamed Yusof, 22, dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff, 32, meninggal
0 Comments
KANAK-KANAK perempuan ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam. Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia empat tahun
0 Comments
MENGERIKAN apabila tujuh individu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza maut sejurus kenderaan dinaiki bertembung dengan lori, hari ini. Dalam kejadian 5.45 petang itu, Perodua Alza itu didakwa membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang termasuk kanak-kanak sebelum terbabit kemalangan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang. Sumber berkata, tujuh maut itu
0 Comments
Beirut: Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat kepada lebih 100 orang, lapor Palang Merah Lubnan. Menurut organisasi itu, tragedi berkenaan juga menyebabkan lebih 4,000 orang cedera. Bagaimanapun, angka kematian dan jumlah mangsa cedera dijangka terus meningkat. “Pasukan kami masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar letupan,” katanya. AFP
0 Comments
Beirut: Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera. Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu. Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu. Beberapa bangunan
0 Comments
DUA maut dan seorang cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbalik di Kilometer 196.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah barat di Kuantan petang hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu berlaku pada 5.05 petang. Menurutnya, mangsa yang maut dikenal pasti adalah pemandu Nissan Murano itu,
0 Comments
SEORANG yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring) di sini malam kelmarin, sempat membelikan sehelai baju baru untuk anak sulungnya yang dijangka dilahirkan pada September nanti. Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, seorang daripada empat mangsa yang maut ada belikan baju itu beberapa jam
0 Comments
TIGA maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring), Kuala Berang, malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam membabitkan treler membawa muatan bijih besi amang dan sebuah kereta Toyota Vios dinaiki lima lelaki. Mereka yang maut adalah pemandu Toyota Vios, Noriskandar Muzafar, 33; penumpang hadapan,
0 Comments
KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun maut selepas digilis lori dipandu bapa saudaranya ketika mengundur di Kampung Aur Cina, Kubang Gadong, Pasir Mas, hari ini. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqil Darwisy Muhammad Imran meninggal dunia di Hospital Pasir Mas (HPM) akibat parah di kepala. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin
0 Comments
LELAKI dan anak tirinya maut dalam kemalangan motosikal dengan lori simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, hari ini. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian yang diterima pihaknya pada 11.30 pagi, mangsa Mohd Subir Mahamad Isa, 54, bersama Mohamad Rayan Danish Abdullah, 8, meninggal dunia di
0 Comments
TIGA termasuk dua wanita maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 22 Jalan Papar Lama-Kota Kinabalu, Papar, hari ini. Kemalangan pada 12.30 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan sebuah lori tiga tan. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati Honda Civic
0 Comments
POLIS mengesahkan dua lagi maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Titi Batu berdekatan Kampung Titi Batu, Batu 18, Yan, hari ini, menjadikan tiga korban keseluruhan nahas itu. Dalam kejadian 4.30 petang, penumpang hadapan Proton Iriz dikenali sebagai Mohamad Yussof Rosli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala dua lagi mangsa, pemandu kereta Proton
0 Comments
DUA mayat ditemui dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Lana Bulu, Megat Dewa, Jitra, malam ini. Kereta itu dipercayai ditemui sekitar jam 10 malam tadi dan mayat kedua mangsa ditemui dalam kereta berkenaan. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, kereta itu
0 Comments
SEORANG anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dekat Kajang, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di
0 Comments
PENOREH getah maut selepas terkena tembakan daripada rakannya yang disangka seekor kera di kawasan kebun getah dan buah-buahan di Mempateh Lanchang, Temerloh kelmarin. Dalam kejadian pada 10.30 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun sedang berada di atas pokok jering. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, berdasarkan maklumat awal suspek yang berumur 65
0 Comments
DUA maut manakala empat termasuk seorang kanak-kanak lelaki selamat dalam kebakaran di sebuah rumah yang dijadikan kediaman sementara pekebun dekat Kampung Pertama, Permatang Pauh, di Bukit Mertajam, awal pagi, hari ini. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Timbalan Penguasa Bomba II Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada
0 Comments
Paris: Lebih 100,000 individu di seluruh dunia maut akibat jangkitan pandemik Covid-19 dengan hampir 70 peratus kematian adalah di Eropah. Menurut laporan AFP, angka itu dirangkum daripada pelbagai sumber, semalam. Angka itu diperoleh dan dirangkum AFP berdasarkan data kerajaan dan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Seramai 100,661 individu maut termasuk 70,245 di Eropah sejak virus
0 Comments
“PAGI tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25. Idrus dan seorang lagi rakan mereka, Mohd Zulkefli Kasim, 44, maut selepas disambar petir ketika berehat di bangsal di hadapan rumah di Kampung Hujung Bechah,
0 Comments
DUA beranak termasuk bayi lelaki berusia sembilan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, hari ini. Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
0 Comments
TIGA maut dan lima parah pada nahas membabitkan tiga kereta di Kilometer 11.3 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, Kluang, 1.32 petang hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mangsa yang meninggal dunia di lokasi ialah Zaharah Suradee, 62, dan Cheng Kin, 83, manakala Low Heng Meng, 61, meninggal dunia ketika dirawat
0 Comments
EMPAT maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak tunda dengan sebuah kereta di Jalan Mersing – Endau, di Mersing, pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Azhari Awi berkata, mangsa maut dikenali sebagai Mohammad Nurul Haq Mohamad, 22, Tengku Zahid Tengku Endut, 52, Kamarudin Salim
0 Comments